Rabu, 13 Mac 2013

HOT INFO! #LahadDatu Zahid Hamidi Cabar 'Bangsat Negara' Turun Ke Lahad Datu!


Mc panggil orang yang kutuk perwira yang meninggal tu 'bangsat negara' jadi sesiapa yang khianati negara, dia umpama bangsat dalam Malaysia.

Mana-mana pihak yang berterusan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara dalam Ops Daulat diminta mendaftar diri ke kawasan operasi berkenaan bagi berdepan dengan pengganas Sulu bersenjata.

Kenyataan tegas itu dibuat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran masih terdapat pihak-pihak tertentu khususnya kelompok media sosial melontarkan kritikan termasuk hinaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat mematahkan serangan pengganas di Sabah.

"Masih ada segelintir yang menghina, memperlekeh pasukan ATM dan PDRM. Saya harap mereka ini akan pergi ke kawasan-kawasan operasi berkenaan.

"Saya akan minta ATM sambut mereka dan lepaskan mereka ke barisan hadapan untuk menghadapi penceroboh-penceroboh ini, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi semasa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, walaupun mendapat kritikan dan hinaan, moral pasukan keselamatan negara dalam melaksanakan Ops Daulat masih tinggi.

"Untuk itu saya juga berharap perkara sama dapat diterjemahkan oleh rakyat, jelasnya

Mc menyokong penuh saranan Menteri Pertahanan kita ni. Orang pertama yang patut kita hantar ialah Tian Chua, kemudian sekutu bangsat yang selalu dok anggota keselamatan kita tu.

Puak penghina anggota keselamatan ni patut turun ke lapangan, kita tengok apa jadi bila dorang berdepan dengan penganas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan